Monday, 9 January 2017

Flora Dan Fauna adalah nikmat Allah







Pens: Puan Wati bt  Mohammad

Ahli Kumpulan:

Muhammad Nursyafiq b Bedolah              12DEE16F1003
Muhammad Asyraf Mukhlis b Md Nasir  12DEE16F1043
Muhammad Syahmi b Syahrul Nizam      12DEE16F1045


FLORA & FAUNA ADALAH NIKMAT ALLAH UNTUK KEMUDAH DAN KEGUNAAN MANUSIA

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada
 Puan Wati binti Mohammad
Pensyarah Matapelajaran Sains,Teknologi dan Kejuruteraan Islam (DUA2012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini.
 Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
 Begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa  ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagairenung-renungan dan selamat beramal.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

PENDAHULUAN



Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

(Surah Al-Baqarah; Ayat 164)


APA ITU FLORA & FAUNA

Dalam botaniflora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.
Istilah "flora" berasal daripada bahasa LatinFlora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah faunaFlorafauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota


HIKMAH KEJADIAN FLORA DAN FAUNA

  • Mengenali tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.
  • Sentiasa mengingati-Nya.
  • Sentiasa mensyukuri nikmat atas pemberian-Nya.
  • Gambaran perumpamaan atau persamaan dengan manusia.
  • Menjadikan pengajaran.



FLORA



Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

(Surah Al-An'aam; Ayat 99)


CONTOH FLORA




Anggur







        Delima




      

                              Kurma



                       Zaitun






FAUNA

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).
(Surah Al-Kahfi; Ayat 22)


CONTOH FAUNA





  • Unta
  • Gajah
  • Arnab
  • Kambing
  • Buaya
  • Burung




MANFAAT YANG DIPEROLEH DARIPADA KEJADIAN FLORA DAN FAUNA



Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(Surah Al-Nahl; Ayat 68)



Madu merupakan ubat bagi semua penyakit

- Sesungguhnya madu merupakan ubat-ubatan
 bagi semua orang,  bagaimanapun bentuk penyakit dan bangsa mana pun orang tersebut. Hal ini 
dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu “padanya terdapat ubat bagi manusia”,dan  bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah  penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan  bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit.





LALAT ini memang sejenis binatang yg kotor dan membawa penyakit. untuk pengetahuan kita semua, tiada siapa yg sedar bahawa sebelah sayap lalat itu ada ubat untuk mengubati manusia.

Pada tahun 1871, Prof. Brefild, seorang Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali.



Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. 
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.


KESIMPULAN

Jelaslah apa yang ada didunia ini samada di langit dibumi adalah kejadian Allah SWT. Cthnya, Allah SWT telah mencipta haiwan dengan pelbagai kebaikan. Seperti haiwan dan tumbuh tumbuhan yang ada di dunia ini memberi banyak manfaat kepada penghuni alam semesta ini. Dan semua perkara yang Raulullah SAW lakukan ialah satu rujukan pada kesemua umat Islam untuk sentiasa berada diatas jalan yang benar.

No comments:

Post a Comment